Quantcast
Channel: Kedah Ke KL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821

Siapa Pembekal kepada McDonald's Malaysia?

$
0
0

Dalam artikel yang lepas, penulis ada menerangkan mengenai status halal McDonald's Malaysia. Pada yang belum membacanya, anda boleh la membaca di SINI. Jika ianya halal sudah tentu sangat berkaitan dengan soal kebersihan.

Nak tau apakah McDonald's sangat pentingkan kebersihan, boleh rujuk SINI pulak.

Penulis ada menerima soalan mengenai pembekal kepada McDonald's Malaysia. Siapa pembekal pada mereka? Bersihkah pembuatannya? Ada khabar angin yang mengatakan mereka mengunakan bahan mentah yang tak halal.

Pelbagai persoalan timbul mengenai pembekal ini.

Tahukah anda apa fungsi MacFood?

Untuk pengetahuan pembaca, MacFood Services Sdn Bhd. merupakan pihak bertanggungjawab yang dilantik bagi kerja-kerja pembekalan bahan mentah ke McDonald's. MacFood Services amat berpengalaman luas dalam bidang ini, berbekalkan pengalaman selama 25 tahun, MacFood telah menyakinkan kerjasama erat diantara kedua-dua syarikat ini.

MacFood sentiasa menjaga setiap peralatan, kualiti yang digunakan untuk memproses makanan sebagaimana yang telah ditetapkankan 'patuh syariah'.



Jika kita tak yakin dengan MacFood ini, kita perlu fikir balik. Mereka bukan hanya membekal makanan kepada McDonald's Malaysia saja. MacFood Services turut membekalkan bahan mentah mereka ke negara Islam lain seperti Arab Saudi dan beberapa negara Islam di Timur Tengah.


Restoran McDonald's di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Madinah


Kalau tak percaya, penulis nak bagi beberapa pengiktirafan persijilan yang telah diterima oleh MacFood iaitu :

1) ISO 9001:2008 yang diberi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

2) Menerima HACCP Certification (Hazard Analysis and Critical Control Points) Program Food safety mangement sistem ISO 9001:2009 yang diberi SIRIM QAS meliputi Sistem Pengurusan Kualiti.

3) Menerima sijil HALAL Certification dari HDC/JAKIM kerana mematuhi prosedur persijilan Halal Malaysia dan DVS Malaysia (Department of Veteranary Services) Certification - kerana mematuhi peraturan-peraturan pemeriksaan veterinar Malaysia dan juga telah memenehi pematuhan kepada keperluan program Jaminan Kualiti (QAP) dan Sistem HACCP.

Semua sijil yang MacFood ada bukan calang-calang nak dapatkannya, kena pastikan semuanya bersih dan premis terjaga dulu baru boleh dapat pengikhtirafan. Malah mereka akan datang buat pantauan setiap masa dan waktu.

Jadi tak perlulah kita risau akan semua tu.

Umat Islam, perlu yakini makanan yang dimakan tu halal barulah ianya halal dimakan. Kalau ragu-ragu, baik tak payah. Sebab itu penulis menerangkan kepada semua, supaya segalanya jelas.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821