Bila berkunjung ke McDonald's untuk bersarapan, penulis paling tertarik dengan rasa kopinya. Cukup serba serbi. Sebagai peminat kopi, penulis tak nafikan bahawa pembuatan minuman kopi yang sedap sebenarnya kerana biji kopi dan pembuatannya yang terperinci.
Ada orang kata, bancuh air kopi ni senang. Tapi kalau tak kena cara atau salah teknik, kita nak minum pun rasa pelik. Jadi tak salah jika penulis katakan, kopi McDonald's antara yang terbaik. Ini bukan nak memuji tapi memang kenyataan.
Mungkin disebabkan cemburu dengan rasa kopi McDonalds ni ada pihak yang cuba untuk memfitnah dengan mengatakan kopi mereka ada lemak babi. Betul ka?
Disebabkan fitnah tersebut, McDonald's Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikannya.
Kenyataan tentang Kopi McDonald’s
Kami telah dimaklumkan tentang maklumat palsu yang disebarkan tentang kopi McDonald’s, yang dikatakan mengandungi lemak khinzir. Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh laman web tersebut tentang kualiti kopi kami. Kami percaya yang mesej ini bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dan keraguan di kalangan para pengguna dan masyarakat, dalam usaha untuk memfitnah jenama kami. Kami memberi jaminan bahawa McDonald’s mematuhi standard kualiti dan keselamatan makanan yang tertinggi di seluruh dunia, dan di Malaysia, kesemua produk kami turut disahkan 100% Halal oleh JAKIM dan pihak-pihak berkuasa Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.
Pihak Pengurusan McDonald’s Malaysia
Harap penjelasan dari Pihak Pengurusan McDonald's Malaysia menjawab segala gusar dan gundah gulana.
Bila kita cerita tentang kopi, tahukah anda bahawasanya Kopi sebenarnya minuman kegemaran kaum Sufi? Diberitakan peminum kopi, orang-orang Ma’rifat (berpengalaman dan berpengetahuan) tidak pula mengalami ketagihan (kecuali alahan) kerana meminum Kopi, malah segar menjalani ibadah seolah memberikan kekuatan rohani dan jasmani. Malahan Kopi merupakan salah satu minuman kegemaran Rasulullah S.A.W di samping susu dan madu.
Kebanyakan para ulama tidak meragukan kehalalan Kopi. Dalam kitab Syarh al-’Ubab Syeikh Ibnu Hajar menjelaskan bahawa menggunakan sesuatu yang jaiz sebagai hukumnya tergantung pada tujuan yang ingin dicapai. Jika tujuannya untuk kebaikan maka penggunaan sarana tersebut bernilai pahala, dan jika tujuannya untuk maksiat maka bernilai dosa.
Kebanyakan para ulama Sufi itu menggemari Kopi kerana mereka lebih giat beribadah, terutama pada malam hari ketika banyak manusia yang tertidur lelap dan ramai yang menyanjungi minuman itu yang bermanafaat.
Bagi menjadi bukti bahawa kopi di McDonald's Malaysia 100% HALAL, malah disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa Halal yang mendapat pengiktirafan daripada JAKIM meliputi kesemua produk McDonald’s®, termasuklah sos-sos yang diimport oleh McDONALD’s® Malaysia.