Quantcast
Channel: Kedah Ke KL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821

HOT! Melayu Sembah Tokong Untuk minta Sedekah? #HanyaDiKedah

$
0
0


Kejadian ni berlaku di Pekan Simpang Kuala, Mc masa lalu hari tu pun ada perasan benda yang sama. Namun tak sangka laporan dari Sinar Harian ni menyebut kebanyakannya pemimpin sedekah ni berbangsa melayu.

Baca laporan sinar dibawah,

Gara-gara kesesakan pelik, sekali gus mencurigakan!

Niat melakukan tinjauan Sambutan Tahun Baru Cina terbantut, apabila Sinar Harian menyaksikan lebih 100 orang berbagai bangsa berkumpul di sekitar rumah ibadat di Simpang Kuala, dekat sini, semalam.

Rupa-rupanya, golongan tertentu dipercayai pengemis, gelandangan, orang miskin, peminta sedekah dan bangsa asing ini berkumpul menantikan pemberian wang angpau dilakukan di hadapan rumah ibadat terbabit.

Sungguh menyedihkan, apabila segelintirnya berkerusi roda sambil membawa satu bekas minuman kosong, malah ada juga yang berpakaian lusuh sambil membawa anak kecil duduk di atas tikar mengkuang.

Penduduk tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Noridah, 40, berkata, dia bersama beberapa penduduk tempatan menyaksikan golongan terbabit dipercayai sudah berkumpul di sekitar rumah ibadat terbabit sejak malam 30 Januari lagi.

“Golongan terbabit bukannya bersembahyang di dalam rumah ibadat berkenaan, sebaliknya menunggu pemberian wang angpau. Tak kira umur, bangsa mahupun jantina semuanya ada. Peliknya, majoritinya dilihat adalah berbangsa Melayu.

“Entah datang dari mana sebahagiannya, sebab ada segelintir dilihat bukan penduduk tempatan. Bayangkan, kalau dari malam semalam (kelmarin) mereka sudah berkumpul di kiri kanan laluan ini, jadi di mana mereka tidur,” katanya.

Lantas, Sinar Harian turut duduk bersama segelintir golongan terbabit lebih kurang 30 minit untuk mengetahui keadaan sebenarnya dengan lebih lanjut, sambil menyamar sebagai peminta sedekah.

“Kalau, adik nak duit. Adik duduklah di jalan bertentangan mak cik. Bahagian sini, kami dapat beras. Sumbangan diperoleh sedikit sebanyak meringankan beban kami,” katanya ketika ditanya tujuan mereka berkumpul.

Bagaimanapun, sepasang suami isteri yang sempat diajak berbual berkata, pemberian wang kepada peminta sedekah yang berkumpul di hadapan rumah ibadat terbabit bertujuan amal.

“Aktiviti memberi wang angpau dilakukan setahun sekali bersempena Tahun Baru Cina. Ia dianggap sebagai kerja amal demi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Katanya, sesiapa yang berkemampuan akan memberi wang kepada golongan tertentu yang berkumpul di kawasan berkenaan selepas keluar bersembahyang dari rumah ibadat terbabit.

Menurutnya, dia sekeluarga turut menghulurkan sedikit wang derma, namun hanya buat mereka yang tidak larat dan cacat sahaja kerana kebanyakannya dilihat masih mampu bekerja.

Sepatutnya Pusat Zakat atau Baitulmal perlu bertanggung jawab bila berlaku kejadian seperti ini. Tokong cina yang tiada bantuan dari kerajaan pun boleh bagi duit kat peminta sedekah, gereja yang hasilnya dari derma orang ramai dikawasan, pun boleh bagi makan percuma setiap hari ahad, kepada orang ramai.

Kenapa tidak Pusat Zakat atau Baitumal membuat perkara yang sama setiap minggu dikawasan yang terpilih? Duit beratus juta dalam tu nak simpan buat apa? Bukan kita nak mengalakan peminta sedekah, tapi turunlah membantu mereka yang benar-benar dalam kesusahan.

Takkan itu pun nak tunggu arahan dari Perdana Menteri kot? Siapa yang jaga Pusat Zakat dan Baitulmal ni? Reti buat kerja ka tak? Nak tunggu media datang baru terhegeh nak buat kerja?

Atau nak tunggu Pusat Zakat dan Baitumal jadi macam TUGU baru kelam kabut nak buat kerja. Kalau susah sangat, gantikan orang yang jaga kedua-dua ni dengan orang baru yang pandai buat kerja.


McTheory:
Jangan ambil mudah perkara ni.. ramai sangat yang dah komplain ni..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821