Satu perhimpunan anjuran Pemuda PAS Kedah di depan Pekan Rabu di Alor Setar hari ini gagal mendapat sambutan orang ramai.
Himpunan Bantah Kenaikan Kos Sara Hidup "Himpunan Kangkong" dengan alasan untuk membantah kenaikan harga barang yang menyebabkan kos sara hidup penduduk di Malaysia meningkat itu hanya disertai tidak sampai 100 penyokong parti berkenaan berbanding 'beribu-ribu orang' yang mereka sasarkan.
Himpunan selama dua jam yang bermula pukul 3.30 petang itu turut membabitkan 10 badan bukan kerajaan (NGO).
Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Md Khalil Abdul Hadi, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pinang Romani Wan Salim dan Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria.
Nasir, yang ditemui pemberita, mengakui himpunan itu kurang mendapat sambutan.
Bagaimanapun, beliau berkata himpunan itu penting bagi memperjelas kesan kenaikan harga yang terpaksa ditanggung rakyat Malaysia.
Jom kita tengok, himpunan kongkang yang Nasir cuba buat tu.. he he
Walaupun hari ni Pekan Rabu ramai dengan pengunjung, tapi bila depa tengok lalat hijau mai buat kacau, pengunjung pun melarikan diri dari lalat-lalat hijau ni.
Kononnya Pemuda Pas nak harapkan orang ramai sokong depa, last sekali yang tinggal hanya petugas Pas dan unit amal saja berhimpun. Dari 100 tinggal 50 orang. he he he..
McTheory:
Orang Kedah pun menyampah dengan politik murahan Pas ni..