Diatas adalah keratan akhbar yang menunjukkan seorang pengundi muda mengakui bahawa dia boleh mengundi sebanyak dua kali dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Seorang sahabat Mc bertanya, budak tu mengundi siapa? Dia mengundi Pakatan atau dia mengundi BN? Dari gambar dalam keratan akhbar tu, nampak macam dia undi Pakatan.
Jika tidak, kenapa pulak Si Fuziah tu boleh turut serta dalam sidang media yang dibuat? Jelas, dari apa yang digambarkan, penyokong Pakatan pun boleh undi dua kali.
Sebelum ini, puak - puak Pakatan tu mendakwa bahawa wujud kemungkinan bahawa BN upah orang untuk mengundi sebanyak dua kali.
Tapi dalam kes ini, nampak gayanya semua dah jadi terbalik. Penyokong Pakatan pun boleh mengundi sebanyak dua kali. Dan ianya tidak mustahil. Si Fuziah tu dah membuktikannya.
Yang seterusnya, kenapa hanya buat laporan Polis? Bukannya Polis boleh ambik apa - apa tindakan pun terhadap perkara tersebut. Lain la kalau buat petisyen.
Sepatutnya, Fuziah memfailkan petisyen dan mempertikaikan perkara tersebut. Itu pun kalau dia benar - benar nak memperjuangkan Kebenaran.
Dengan cara itu, SPR boleh kira semula dan menyemak dakwaan yang telah dibuat. Hakikatnya, Fuziah tau mengenai perkara ini.
Tinggal lagi, tujuan dia bukannya nak menegakkan Kebenaran dan mencari jawapan bagi isu tersebut. Sebaliknya Si Fuziah tu hanya nak memburukkan imej SPR.
Satu lagi persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat Mc, ialah mengenai Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi. Apa yang diorang buat?
Adakah diorang pun berpakat dengan budak tu dan membiarkan dia melalui semua petugas SPR tanpa sebarang halangan dari mana - mana pihak?
Kenapa dia boleh terlepas sedangkan pencacai - pencacai Pakatan bersepah - sepah dekat luar pintu pagar bagi menghalang 'Pengundi Hantu'?
Kalau diorang boleh tahan 'Bangla' yang kebanyakkannya terdiri dari masyarakat orang India Malaysia, kenapa diorang boleh lepaskan budak ni begitu sahaja?
Nampak sangat wujud pertikaian dari kalangan petugas - petugas Pakatan dalam isu ini. Adakah mereka dah berpakat dalam isu 'Undi Dua Kali' ini?
Tidak mustahil kalau Si Fuziah tu cari 2000 orang penyokongnya untuk melakukan perkara tersebut. Dan perkara ni didedahkan bukan oleh orang lain. Tapi oleh Si Fuziah sendiri.
Maka saranan Mc kepada Si Fuziah. Buat la petisyen membantah keputusan PRU yang telah dimenanginya bagi membuktikan bahawa dia menang bukan sebab penyokong dia mengundi sebanyak DUA KALI!!! Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!!
Sumber dari Semut Hitam
McTheory:
Siapa yang tipu siapa ni?