Mc pun terkejut semalam apabila page Kami Bersama Rafizi yang merupakan page rasmi penyokong Rafizi telah meng'upload' video Saiful Bukhari yang bersumpah laknat buat kali kedua. Bahkan kali ni Saiful dengan berani, bersumpah di hadapan Kaabah untuk membuktikan beliau berkata benar.
Mc sempat membuat print screen semalam,
Mungkinkah Allah SWT telah membuka hati Rafizi dan penyokongnya untuk mengakui video Saiful bersumpah dihadapan Kaabah ini, membuktikan dakwaan beliau diliwat Anwar adalah benar. Atau ada Rafizi mempunyai agenda lain perjuangan peribadinya sendiri?
Pada sesiapa yang belum tengok video Saiful Bukhari tu, boleh tengok kat bawah,
Apa yang menyedihkan, video sumpah laknat ni pun ada pencacai PR yang sanggup pertikaikan lagi kesahihannya. Malah ada pula yang kata video ini propaganda BN untuk PRU, tak kurang juga kata video ini, video edit.
Kalau benar ini video ciptaan BN atau video edit. Disini Mc mencabar Anwar dan pencacainya untuk membuat video yang serupa dengan ni. Kalau video ni boleh dibuat dan edit, cuba Anwar dan pencacainya buktikan, dan buat video Anwar bersumpah di hadapan Kaabah!
Kalau boleh buat, barulah Mc percaya bahawa video ini, video edit yang dibuat khas untuk mempertikaikan moral Anwar.
McTheory:
Cuba buat tengok, jangan cakap saja pandai!