Quantcast
Channel: Kedah Ke KL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821

PANASS!! Azizan Razak MB Kedah dan Agent UMNO? #TukarKedah

$
0
0

 Sekali lagi Azizan Razak menunjukan kedegilannya yang amat sangat. Orang tua ni memang susah nak minta maaf. Patut la Pemuda Pas menyampah dengan Azizan ni, sebab dia rasa dirinya saja yang betul.

Menteri Besar Kedah, Azizan Razak menegaskan bahawa beliau tidak perlu memohon maaf kepada kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwanya sebagai ejen Umno kerana sering membuat bantahan terhadap pengurusan kolej universiti itu.

Azizan berkata, beliau tidak kisah dengan desakan sekumpulan kakitangan yang mahu permohonan maaf dibuat kerana telah mengheret mereka ke dalam kancah politik.

"Nak mohon maaf pasai apa? Memang depa ejen Umno, sebab tu Shahrizat (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil) bela depa. Saya tak hairan sebab mereka (kakitangan) ni ada masalah sikit, panggil wartawan cakap kat televisyen.

"Kalau mereka (kakitangan) benar-benar ikhlas, sepatutnya depa mai (mereka datang) jumpa saya.. depa ni semua orang pandai," katanya kepada pemberita

Beliau mengulas desakan kakitangan Kuin yang kesal kerana dituduh sebagai ejen Umno, sedangkan mereka mendakwa tidak pernah dibayar mana-mana parti politik, sebaliknya hanya berjuang untuk hak dan kebajikan masing-masing.

Mengenai desakan Shahrizat supaya Menteri Besar Kedah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dan mengaudit isu dan dakwaan yang ditimbulkan kakitangan Kuin, Azizan berkata ia tidak perlu.

"Nak siasat apa? Kalau nak siasat pi (jumpa) SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) la," kata Azizan.

Mc dimaklumkan, pihak kakitangan Kuin dah banyak kali berjumpa dengan Azizan. Namun rayuan mereka tidak dilayan. Azizan lebih percayakan si Jamil rektor Kuin yang banyak menipu tu.

Rayuan dah buat, surat dah tulis, laporan polis pun dah, SPRM pun dah. Apa lagi yang kakitangan Kuin tak lakukan? Cuma belum mengadap YDP Agong saja lagi. Takkan kes ni pun nak suruh YDP Agong settlekan macam kes Madrasah Salihiah?

Kalau semua nak bagi YDP Agong settle, baik Kedah tak payah ada menteri besar. Ada pun buat apa, makan gaji buta? Selama ni pun Azizan kat office bukan reti buat kerja. Harap si Setpol dengan orang keliling dia saja tolong. Kerja dia hanya 'sign' sebab tu selalu payment keluar bayar bukan-bukan pun dia taktau.

Cara Azizan keluar statement amat menyakitkan hati, berlagak. Tunggulah PRU ke 13 ni, kita tengok dimana Azizan lepas tu.


McTheory:
Hantar dia balik buat sawah kat Sungai Limau la..pencen..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821