Quantcast
Channel: Kedah Ke KL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821

PANASS!! Kenapa Najib Razak Belum Boleh Bubar Parlimen?

$
0
0


Bila Mc dan rakan-rakan TMK mendesak Azizan Razak MB Kedah bubar DUN. Ada pula mangkuk-mangkuk ayun yang mencabar kami dan mendesak PM Najib Razak bubarkan parlimen Malaysia. Kononnya selama ni Najib takut untuk bubar parlimen sebabkan BN dah lemah dan takut kalah.

Dah lama Mc nak jawab soalan yang diajukan oleh cai pembangkang ni. Untuk pengetahuan cai pembangkang, Najib baru memerintah Malaysia selama 3 tahun lebih. Pada tahun 2008 dulu, selepas BN dilanda tsunami politik akibat PRU ke 12, keadaan negara Malaysia mengalami ketidakstabilan ekonomi dan politik.

Semuanya berpunca dari kelemahan pentadbiran Kerajaan Malaysia yang terdahulu. Sehingga kerajaan Malaysia sangat lemah dan mudah diperkotak-katikan oleh pembangkang.

Kemudian datang Najib Razak mengambil alih negara dengan slogan 1 Malaysia dan jentera tranformasinya. Ternyata selepas itu, Malaysia kembali dilandasan yang kukuh. Malah setiap janji yang dilafazkan oleh Najib, akan ditunaikan. Janji ditepati!

Berpuluh tranformasi yang dilakukan oleh Najib, sama la juga dengan bantuan yang Najib buat untuk rakyat. Dari BR1M (bantuan rakyat 1 Malaysia) PR1MA (perumahan rakyat 1 Malaysia), KR1M (Kedai rakyat 1 Malaysia), Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) dan pelbagai lagi bantuan yang telah diIDEAkan oleh Najib untuk membantu rakyat Malaysia hidup senang dengan kerajaan BN.

Percaya atau tidak, Najib baru 3 tahun memerintah, namun rakyat mendapat rahmat atas pemerintahannya itu dengan pelbagai bantuan. Belum lagi kita campur subsidi yang sedia ada, dan dikekalkan. Subsidi seperti minyak masak, gula, beras, cili, tepung gandung, minyak petrol, gas memasak, baja untuk petani, benih anak ikan untuk penternak ikan, benih padi untuk pesawah, diskaun minyak diesel untuk nelayan bawah kelas besar, sampaikan nak pergi haji pun ada subsidi. Apa lagi yang rakyat Malaysia nak? Banyak lagi yang Mc belum sebut, tapi memang banyaklah. Tu pun masih ada rakyat Malaysia yang tak tahu bersyukur!!

Bila kita sebut pasal ni akan ada jawapan yang kata segala subsidi dan bantuan tu asalnya dari duit rakyat. Memang betul tu semua duit rakyat tapi bukan semua. Kita tanya diri sendiri, berapa kali kita bayar cukai pendapatan? Cukai pintu? cukai tanah? berapa sen sangat?

Rakyat negara lain pun ada bayar cukai, tetapi adakah kerajaan mereka melakukan seperti mana yang Malaysia lakukan? Mampukah mereka mencontohi kerajaan Malaysia yang meng'subsidi'kan ekonominya kepada rakyat?

Jawapannya tak mampu, Malaysia bukan negara maju. Malah masih dalam tahap membangun. Namun kejayaan yang kita kecapi memang hebat. Tidak terbanding dengan negara lain yang setaraf dengan kita.

Najib Razak meneruskan legasi pemimpin terdahulu. Najib Razak mempunyai auranya tersendiri, mari kita sokong seorang pemimpin berjiwa rakyat. Mendahulukan rakyat dalam segala hal.

Sekarang Najib dah buktikan beliau mampu untuk merubah Malaysia menjadi negara yang HEBAT dan MAJU dan DAHULUKAN RAKYAT dalam masa 3 tahun. Apakah kita tak ingin melihat apa yang mampu Najib buat sekiranya beliau diberi mandat 2/3 pada PRU yang ke 13 ini?

Kalau nak dibandingkan jasa Najib selama 3 tahun ni, tidak ada tolak bandingnya 5 tahun Pakatan memerintah Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Jauh beza... Najib jauh kedepan bersama rakyat. Pakatan buat apa? fitnah? tohmahan? atau cacian?

Pada yang belum tengok video Ustaz Fathul Bari mengenai Najib, sila tengok.. anda akan lebih faham apa yang Mc maksudkan.



Anwar bikin apa? Main dengan china doll? Main belakang? naik jet? Apa yang dia tolong rakyat? Membohong dan menipu ada la..

McTheory:
Rugi kalau rakyat Malaysia tolak pemimpin seperti Najib Razak.. tiada galang ganti!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821