Tabung Charities Ronald McDonald House (RMHC)
Pernahkah anda terlihat tabung seperti di atas ini dikaunter-kaunter McDonald's? Untuk pengetahuan anda ini adalah tabung kebajikan sumbangan ikhlas masyarakat untuk tujuan Charities Ronald McDonald House (RMHC).
Tabung Kebajikan ini kelihatan biasa-biasa saja, sebenanrnya ramai lagi masyarakat Malaysia yang prihatin dengan usaha yang dilakukan McDonald's. Buktinya pada tahun 2015 sahaja, jumlah kutipan tabung tersebut berjumlah RM 813,440. Banyak tuu..
Hasil sumbangan tersebut telah disaluran kepada RMHC dan inisiatif bantuan Banjir dan bencana alam. Contohnya seperti gempa bumi Sabah, bantuan ini perlu dihebohkan supaya lebih ramai akan buka mata mereka tentang usaha-usaha murni McDonald's kepada masyarakat.
Bantuan mangsa banjir Pantai Timur
Bantuan mangsa banjir Pantai Timur
Tahukah anda bahawa McDonald's sebenarnya telah terlibat secara langsung dalam usaha membantu mangsa banjir besar yang melanda pantai timur pada awal tahun lalu, sejumlah RM 425,000 telah disalurkan untuk membantu mangsa banjir di sana, sumbangan yang disalurkan McDonald's ini adalah dari kutipan RMHC pada bulan Jan dan Feb 2015.
Dana yang dikeluarkan ini bertujuan untuk membina semula 34 sekolah dan keperluan (membina laluan pejalan kaki baru, surau dan juga peralatan sekolah lain) yang rosak akibat banjir, lokasi bantuan ini meliputi daerah Kuala Kerai, Manik Urai dan Dabong di Kelantan, dan Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu di Terengganu.
McDonald's Malaysia juga menyumbangkan sebanyak RM100,000 kepada Bantuan Bencana Alam Sabah, atas keprihatinan mereka membela mangsa yang terlibat dengan gempa bumi di Sabah.
Semua sumbangan ini diperolehi melalui jualan air sejuk beku dan tabung derma disetiap francais McDonald's diseluruh Malaysia, apakah ini kita mahu mengatakan McDonald's harus diboikot?
McDonald's juga tak lupa akan melakukan kebajikan keatas umat Islam di Malaysia.
Setiap seminggu sekali, sebanyak 265 buah restoran McDonald's telah menyediakan hidangan moreh selepas sembahyang terawikh pada bulan Ramadhan, pemberian juadah ini sebagai salah satu cara McDonald's menyumbang semula kepada masyarakat. Program ini merupakan kali kedua dianjurkan McDonald's
Dalam usaha memberikan senyuman buat kanak-kanak menjelang hari raya, McDonald's telah memilih pelajar dari sekolah-sekolah terpilih untuk membeli pakaian Hari Raya Aidil Fitri dan berbuka puasa bersama di restoran McDonald's, semua ini dilakukan bagi memberikan sedikit kegembiraan buat anak-anak yang dipilih.
Tabung RM 100,000 Gempa Bumi Sabah
Semua sumbangan ini diperolehi melalui jualan air sejuk beku dan tabung derma disetiap francais McDonald's diseluruh Malaysia, apakah ini kita mahu mengatakan McDonald's harus diboikot?
McDonald's juga tak lupa akan melakukan kebajikan keatas umat Islam di Malaysia.
Moreh di Masjid pada Bulan Ramadhan
Setiap seminggu sekali, sebanyak 265 buah restoran McDonald's telah menyediakan hidangan moreh selepas sembahyang terawikh pada bulan Ramadhan, pemberian juadah ini sebagai salah satu cara McDonald's menyumbang semula kepada masyarakat. Program ini merupakan kali kedua dianjurkan McDonald's
Bantuan baju raya dan berbuka puasa bersama kanak-kanak sekolah
Dalam usaha memberikan senyuman buat kanak-kanak menjelang hari raya, McDonald's telah memilih pelajar dari sekolah-sekolah terpilih untuk membeli pakaian Hari Raya Aidil Fitri dan berbuka puasa bersama di restoran McDonald's, semua ini dilakukan bagi memberikan sedikit kegembiraan buat anak-anak yang dipilih.
Membeli pakaian raya untuk kanak-kanak terpilih
Penulis dulu pun tak jangka bahawa McDonald's ni banyak melakukan kerja amal dan kebajikan pada kita. Tapi bila membuat sikit kajian dan belek laman web rasmi mereka, rupanya banyak, cuma tak digembar gemburkan media.
Rasanya mereka yang dok BOIKOT McDonald's pun tak pernah buat kebajikan macam mana McDonald's Malaysia buat. Adalah satu kerugian jika kita percaya dengan niat jahat yang mahu melihat syarikat milik anak tempatan ini ditutup.
Bak kata orang, jika tak mampu nak bantu, janganlah menipu atau memfitnah orang yang mampu untuk membantu. Betul tau?