Hari ini kita mengulas kenapa dan mengapa McDonald's sering kali menjadi mangsa fitnah dan dilibatkan sebagai organisasi yang menaja Israel dalam konflik dengan negara Palestin.
Sebelum ini penulis sudah mengulas tentang dana dan fitnah berkaitan McDonald's dengan konflik Palestin-Israel, nak baca boleh klik sini dan sini. Cerita tentang program Matching Gift pulak boleh klik sini untuk baca.
Antara alasan mengapa orang Malaysia boikot McDonald's adalah kerana dakwaan bekas CEO (dan Chairman) McDonald's Jack Greenberg seorang yahudi dan penyokong kuat Israel melalui beberapa badan komuniti Yahudi di Chicago.
Dengan bermodalkan isu ada kaitan dengan Israel, kerja pengsabotaj terutamanya pemboikot akan mejadi lebih mudah, kerana umat Islam di Malaysia, amat sensitif dengan perkataan 'Israel'. Apa sahaja tuduhan yang dapat dikaitkan dengan Israel, akan lebih mudah dipercayai dan gelombang penentangan dapat dirasa.
Ramai yang hanya mengikut saja untuk boikot tanpa ketahui sebab sebenar, dan hanya mendengar khabar angin kononnya 'syarikat sipolan-sipolan ada kaitan dengan yahudi'. Sebenarnya permainan boikot ini telah diatur oleh sebuah organisasi Inminds yang berfahaman Syiah.
Akibat fitnah dan khabar angin, pada tahun 2014 yang lepas, McDonald's cawangan Kerteh dan Dungun telah menjadi mangsa protes besar-besaran dihadapan premis mereka, kesan daripada itu McDonald's mengalami kerugian kira-kira 80% di kedua-dua cawangan ini.
Gambar protes dibawah,
Tindakan fitnah dan khabar angin jahat tersebut tersebar di seluruh negara, hingga ia menjadi ancaman keselamatan kepada pekerja-pekerja McDonald's seluruh negara. Malah pekerja juga telah dihukum begitu teruk, hingga dilabel tuduhan pro-yahudi, kerena mereka kerja di McDonald's.
Soalnya apakah benar McDonald's Amerika Syarikat dimiliki oleh Jack Greenberg seorang berbangsa Yahudi?
Jawapan sebenarnya ialah,
McDonald's tidak dimiliki oleh hanya seorang individu, sebaliknya dimiliki secara bersama iaitu sebuah syarikat senarai awam. Saham McDonald's telah diperdagangkan di Bursa Saham New York (NYSE) sejak 1965.
Jadi dimana dikatakan McDonald's kepunyaan seorang yahudi sedangkan sahamnya dibuka pada awam.
Ini kerana melalui senarai pemegang saham McDonald's, tidak ada mana-mana individi yang memiliki lebih dari 10% saham McDonald's.
Boleh rujuk gambar dibawah,
Di atas ini cerita pemilikan McDonald's yang berlaku di Amerika Syarikat.
Berkenaan tuduhan McDonald's mempunyai 180 buah restoran di Israel dan memberi peluang 3,000 peluang pekerjaan warga Israel.
Walaupun McDonald’s dikatakan ada 180 buah restoren di Israel, ianya tiada kena mengena dengan McDonald’s Malaysia yang dikendalikan oleh Golden Arch Malaysia yang rata ratanya dimiliki oleh individu serta perniagaan keluarga. Untuk detail boleh klik SINI untuk baca.
Manakala Israel McDonald's dimiliki oleh Dr Omri Padan. Kedua-duanya berbeza dan langsung tiada kena mengena.
Jika ada yang mengambil kira barang buatan dari orang yahudi tak boleh diguna dan berdosa. Bagaimana pula dengan benda lain? Seperti Facebook, Whatapps, Waze, Rokok (kebanyakan), komputer (kebanyakan), iPhone dan lain-lain. Apakah perlu kita buang atau boikot seperti mana McDonald's?
Tak adil jika itu boleh ini tak boleh, kerana ia juga asal dari Amerika dan diasaskan oleh bangsa Yahudi.
Sebab itu penulis kata, boikot ini adalah mengarut, kerana yang memboikotnya berkepentingan dan lebih kepada persaingan perniagaan sebenarnya.
Pada hakikat, McDonald's Malaysia sering kali bersama beberapa badan lain telah bekerjasama menganjurkan sebuah program berbentuk keagamaan yang melibatkan YBHG Datuk Ustaz Mohamad Kazim Elias. Salah satu yang terbaru ialah Program Santai Bersama Ustaz Kazim yang berlangsung di Bandar Tun Razak, Jengka Pahang.
Program tersebut telah dihadiri kira-kira 5,000 warga Felda sekitar kawasan Jengka. Ia merupakan salah satu program tanggungjawab sosial McDonald's kepada masyarakat yang menunjukkan betapa McDonald's mengambil berat keperluan sosial selain fokus utama mereka dalam bidang perniagaan makanan.
Artikel berkaitan tentang McDonald's boleh klik link dibawah,