Quantcast
Channel: Kedah Ke KL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821

Tipu dan Fitnah Jalan Kempen Terdesak Pas #PRKRompin

$
0
0


Bila manusia sudah terdesak, mereka mula melakukan apa saja untuk menang pilihanraya. Jika dulu Pas selalu fitnah yang mengatakan Felda akan lingkup dibawah pengendalian Kerajaan BN. Bila fitnah tersebut tak berkesan, kini Pas mengunakan taktik menipu, kononnya bekas CEO Felda bersama mereka dan berkempen bersama calon Pas Rompin.

Diusunglah si Datuk Sarchu kesana kemari dipentas ceramah Pas dan diperkenalkan beliau sebagai CEO Felda.


Sedangkan beliau hanyalah Ketua Pegawai Eksekutif KPFQ Foods Sdn Bhd, Memang ada kaitan dengan Felda tetapi beliau hanya CEO dianak syarikat milik Felda, bukannya di Felda induk. Paling menyedihkan bekas CEO anak syarikat Felda tu masih lagi dalam tuduhan. Beliau dikatakan menyalahguna wang syarikat terbabit sebanyak RM16.9 juta

Orang macam ni kita boleh percayakah? Walaupun ia baru tuduhan, tetapi integriti beliau sudah tercemar. Bagaimana orang seperti ini mampu membawa calon Pas, Sedangkan diri sendiri pun tak terurus.

Berbalik soal jawatan si Datuk Sarchu ini, akhbar rasmi Pas, Harakah menggunakan tajuk "Bekas CEO Koperasi Felda" sebagai modus operandi mereka untuk menghasut orang Felda.




Ternyata Harakah terpaksa menipu untuk memancing undi. Inikah cara sebuah parti Islam berkempen?

Atau Islam hanya digunakan untuk memancing undi, sedangkan dalam perjuangan untuk menang pilihanraya (hal dunia) mereka sanggup menipu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821