Masih ingatkah anda kepada peristiwa Lahad Datu ? Saya yakin semua orang masih ingat, dan yang paling kita tidak lupa adalah tindakan Pemuda Pas pada waktu itu mengutip derma atas nama Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu, tetapi wangnya dimasukkan ke dalam akaun Pas. Tidak sepertimana yang dilakukan Media Prima dimana Tabung Wira Lahad Datu yang dikutip mereka dimasukkan ke dalam akaun khusus atas nama berkenaan.
Sekarang telah setahun lebih peristiwa Lahad Datu berlalu, dan seingat saya sehingga kini Pemuda Pas tidak pernah bentang laporan audit kepada orang ramai, berapa jumlah wang yang mereka kutip di dalam akaun Pas berkenaan. Kepada siapa wang tersebut diagihkan, berapa jumlah penerima dan berapa yang diterima oleh penerima ? Kita perlu tahu perkara ini sebab wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun parti Pas, bukannya ke dalam akaun khas atas nama tabung berkenaan.
Masa nak kutip derma bukan main lagi Pemuda Pas boleh hebahkan, iklan sana sini. Mengapa pula selepas kutip liat pula untuk bentang laporan audit ? Bercakap soal islam, kejujuran, keihklasan, penyelewengan, rasuah dan bla…bla…bla…bla bukan main lagi. Tunjuklah kejujuran kau kepada rakyat.
Bab kutip duit laju….bab nak bentang audit bukan main liat….
sumber dari rbfonline
McTheory:
Harap Pemuda Pas bentangkan berapa banyak dapat dan berapa banyak yang dah derma.. teluslah.. korangkan pejuang Islam sebenar kononnya laa.. he he