Sebentar tadi sebelum Mc ke Baling untuk ke program Malam Cinta Rasul Baling Berselawat. Sempat Mc singgah ke Himpunan orang-orang menderita yang Pakatan buat di Kupang, tak jauh dari Pekan Baling. Nampak macam ramai, tapi bila di umumkan himpunan tu mengumpul orang dari seluruh Malaysia. Rasanya Mc takmau komen apa-apa, boleh tengok sendiri la kot..
Ramai tak? Paling ramai pun Mc boleh bagi 2 ribu orang saja kot. Cuma apa yang menyedihkan, hadirin datang duduk atas padang masih basah, pemimpin pulak sedap2 duduk atas pentas. Berjiwa rakyat la konon ya? he he..
Mai kita tengok program Karnival rakyat Malam Cinta Rasul, Baling Berselawat.
Selepas Karnival Rakyat, sekarang para urusetia sedang membuat persiapan untuk Malam Cinta Rasul Baling Berselawat. Pada muslimin dan muslimat yang datang awal disediakan 10 ribu sejadah yang boleh terus dibawa balik.
P/s: Bila kita tertekan, kita rasa susah, kita dikenakan ujian Allah. Bersujudlah kepadanya.. itu tanda Allah rindu pada hambanya.
McTheory:
Marilah kita berqasidah sambil memuji Allah dan Rasul.