Quantcast
Channel: Kedah Ke KL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821

HOT!! Isu Air Penang! Dah La Free Lagi Nak Minta Tolong Ka? #BolehBlah

$
0
0
poyo tak sudah..

Apa yang menarik perhatian kita rakyat Kedah mengenai masalah air di Pulau Pinang ni? Kita baca dulu berita bawah ni,

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak melaksanakan catuan air bulan ini sebaliknya mengambil langkah melakukan pelan rancangan luar jangka sekiranya musim kemarau berterusan di negeri ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Exco hari ini selepas membuat kajian berhubung cadangan melakukan catuan air pada bulan ini.

"Kita membuat pertimbangan (catuan air) berikutan keputusan mengejutkan kerajaan negeri Perak untuk melaksanakan catuan air di Taiping iaitu sebuah kawasan paling basah di Semenanjung Malaysia," katanya dalam sidang media di sini.

Lim berkata jika April masih merupakan bulan yang kering, kerajaan negeri dan Perbadan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melaksanakan pelan tindakan luar jangka.

"Sebagai usaha mengelak catuan air, kita juga akan minta kerajaan Persekutuan untuk melakukan pembenihan awan bagi menurunkan hujan di kawasan tadahan Sungai Muda.

"Kita juga ada maklumkan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) meminta kerajaan negeri Kedah melepaskan air di Empangan Beris supaya kita dapat menarik air yang cukup dari Sungai Muda," katanya.

Lim berkata semua kos tambahan bagi melaksanakan usaha itu akan ditanggung sepenuhnya oleh KeTTHA dan kementerian itu memberi jaminan secara bertulis mengenainya kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Selain itu, katanya kerajaan negeri telah memberi kebenaran kepada PBAPP untuk menjalankan kajian mengenai kenaikan tarif air sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan penggunaan air di Pulau Pinang yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia.
Ayat Guan Eng nak minta tolong kerajaan negeri Kedah lepaskan air tu yang Mc tak boleh tahan. Dah la air ambik free, lagi nak suruh orang buat yang bukan-bukan. Orang nak cas air dia dok berdalih yang macam-macam, kata sungai tu depa ada setengah la, apa la.

Lanie, hangpa ambik air sungai hangpa, kami ambik air sungai kami. Cukup tak cukup punya pasai la. Dulu sombong sangat, lanie pandai la pulak nak minta tolong.

Bukan tak kesian kat orang Pulau Pinang ni, tapi depa pilih kerajaan negeri pun.. hurm..

McTheory:
Mohon MB Kedah jangan lepaskan air empangan Beris.. utamakan rakyat Kedah dulu..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821

Trending Articles