Bila tengok gambar diatas, Mc rasa pelik pulak. Betul ke Nik Aziz dan Hadi Awang nak hadir ke Selawat Perdana di Putrajaya pada 21hb Mac ni?
Mc ada baca kat blog SINI
Rasa tak percaya, tapi bila tengok facebook, ramai yang dah komen pasal ni.
Bukan hanya di facebook, twitter pun dah tersebar!
Andaikata perkara ini benar, rasanya dua-dua orang tua ni dah berubah! Rupanya demi ukhwah sesama Islam, mereka sanggup turun padang untuk buktikan bahawa Islam lagi penting dari politik.
Dalam keadaan negara kita berada didalam moral yang rendah disebabkan kejadian MH370 yang hilang tu. Adalah baik jika kita umat Islam bersatu tanpa mengira warna bendera, merah ka, biru ka, hijau ka, biru muda ka, tak kisah, janji Islam dahulukan Islam.
McTheory:
Jangan lupa 21 Mac Selawat Perdana, kita berqasidah beramai-ramai..