Quantcast
Channel: Kedah Ke KL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821

HOT! Calon BN Terus di Serang Puak Dangkal Pakatan Haram! #PrkKajang

$
0
0

Sebaik saja nama calon BN untuk PRK Kajang di umumkan,haprak pakatan sudah mula memainkan sentimen perkauman kononnya Umno mempergunakan kaum cina untuk menjatuhkan calon melayu.

Dah terkena batang hidung.. nah sekarang di Kajang pasti akan wujud kempen rasis oleh haprak pakatan kepada pengundi melayu. Print Screen Mc ambil dari blog Pisau.net


Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Naib Presiden MCA, Datuk Chew Mei Fun bagi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 23 Mac ini.

Pemilihan Mei Fun, 50, yang juga bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar mengenai PRK berkenaan di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Mei Fun merupakan calon paling sesuai untuk menggalas cabaran BN di kerusi itu berdasarkan kewibawaan dan pengalamannya termasuk pernah berkhidmat dalam kerajaan.

Beliau berkata, BN yakin Mei Fun yang juga bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dapat memberi sepenuh tumpuan dan masa untuk membela nasib pengundi di DUN Kajang jika diberi kepercayaan menjadi wakil rakyat di situ.

“Tradisi BN adalah membela rakyat dan memberi perkhidmatan sepanjang masa. Kita yakin calon yang dipilih ini adalah paling sesuai untuk bertanding di DUN Kajang,” katanya.

Yang turut hadir, pemimpin parti komponen BN termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel; Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas serta Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Parti rakan BN seperti Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding mewakili parti itu turut hadir.

McTheory:
Sejak bila puak Pas dan Pkr ni RASIS cina pulak, hiporkrit sungguh?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821