Quantcast
Channel: Kedah Ke KL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821

HOT! Harga Tiket Feri Langkawi Akan di Naikkan?

$
0
0


Mc diberitahu oleh sahabat yang menetap di pulau Langkawi bahawa syarikat yang menguruskan feri ke pulau Langkawi akan membatalkan diskaun khas kepada penduduk tempatan bermula dari 15 November ini.

Malah Mc diberitahu, syarikat berkenaan juga berniat untuk menaikkan harga tiket. Cuma jumlah berapa peratus kenaikkan harga tiket belum diberitahu secara tetap.

Jika syarikat berkenaan naikkan harga tiket feri ke Langkawi, ini bermakna syarikat berkenaan sudah melanggar perjanjian asalnya bersama TPM TS Muhyiddin Yasin yang melarang harga tiket feri ke Langkawi dinaikkan.

Mungkin kenaikkan harga tiket ini hanya untuk meraih keuntungan besar sempena cuti sekolah. Apa pun alasan syarikat berkenaan, bagi Mc ia satu tindakan yang tidak patut. Malah tindakan untuk membatalkan diskaun pada penduduk tempatan juga tidak patut dilakukan.

Mc berharap pihak berkuasa dapat bertindak dahulu sebelum orang ramai bertindak terhadap pengusaha feri Langkawi ni. Usah fikir dia ni orang besar atau orang kecil. Sebab kepentingan rakyat lebih utama dari segala-galanya.

Jangan sampai terhantuk dulu baru nak gelabah!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821