Termasuk kali ni dah berapa kali Sinar Haruan seolah sengaja 'kenakan' MB Kedah dalam artikel di akhbar onlinenya. Dibawah ini adalah berita sinar mengenai Rektor baru KUIN. Tapi tajuknya? 'Mukhriz Rektor Baru Kolej Insaniah'
Tajuk tersebut telah menimbulkan pelbagai kontroversi, apabila komen diakhbar berkenaan mengutuk Mukhriz tanpa baca posting tersebut.
Selang berapa jam selepas itu, mungkin pihak sinar ditegur oleh beberapa pihak, sinar menukar tajuk artikel tersebut di akhbar onlinenya.
Namun semuanya sudah terlambat apabila MB baru Kedah teruk di 'kritik' oleh 'mangkuk-mangkuk' di ruang komen akhbar online berkenaan.
Mc ingatkan sinar hanya buat salah di akhbar onlinenya. Rupanya esok pun sinar buat salah lagi, hampehh..
Untuk pengetahuan editor akhbar sinar, Datin Nor Sabrina calon Naib Ketua Puteri, bukan calon Ketua Puteri Malaysia. Harap perbetul la ya..
Sinar selalu tolong jawab isu yang blogger Kedah keluarkan. Terima kasih banyak-banyak.. cuma minta tolong standard 'akhbar' sinar tu tolong up kan sikit, makin merudum nampaknya. he he..
McTheory:
Haru betul.. jangan haruan sudah... he he