Semalam riuh la dunia bila sahabat blogger berbicara tentang kumpulan blogger dan cybertroopers Team Media Kedah (TMK). Aduhai.. macam-macam cerita keluar, ada yang kutuk, ada yang puji, tak kurang juga ada yang kata Mc ni bengong. heh..
Korang taktau politik Kedah macam mana, korang tak kenal UMNO Kedah kat Bangunan Tunku tu. Depa bukan baca blog-blog ni, mana ada pasukan pemantau, mana ada jentera siber, depa mana peduli hal dalam internet ni. Bagi depa tak penting punn..
Ada blogger yang kutuk Ahmad Bashah dan Penerangan UMNO, buang masa saja kutuk, taip sampai penat jari atau tercabut keaboard pun depa bukan kisah. Nak kisah macam mana, depa tak baca pun! he he.. suruh geng typewriter jadi computer, memang tak boleh la kan.
Kepada sahabat blogger Sangkakalajari9, Double Y, BudakSriKinta, Kulaan Niring, Kedah Times,Harapan Esok, Keris7Lok dan 1Peluru. Terima kasih kerana mengambil berat pasal kami. Biar la ada orang nak kata kami bengong, bodoh atau apa saja, tapi kami di TMK akan terus berjuang selagi kami mampu. (Setiap nama blog boleh klik dan baca)
Bab UMNO Kedah upah orang luar tu, Mc taknak komen apa-apa, sebab itu rezeki masing-masing. Kalau itu rezekinya, Mc akur.. nak komplen buat apa, duit depa, ikut suka depa la nak bagi kat sapa pun, betul?
Bab TMK tak dipedulikan tu, bagi Mc alah bisa tegal biasa kot.. dari dulu pun depa tak pedulikan kat kami. Ahh.. malas la nak cerita, bab dalam kain takkan nak bising kat orang ramai. Biar la perkara itu menjadi sejarah antara TMK dan UMNO Kedah.
Cuma harapan Mc kepada pentadbiran UMNO Kedah yang baru nanti, (itupun setelah Najib susun balik organisasi UMNO Kedah) tolong peka dan prihatin dengan nasib blogger dan cybertroopers di Kedah ni. Jangan nampak orang luar saja, sebab kita kat Kedah ni pun ada bakat yang hebat-hebat! Bak kata blogger otai Kedah Times, susukan anak bagi kenyang dulu, kemudian baru fikir nak bela beruk pulak! he he..
Tak payah la UMNO Kedah fikir pasal TMK ni, kami bukan ada apa-apa pun. Biarlah kami berjuang di alam maya, tak bantu pun takpa, biar Mc dan rakan-rakan terus berjuang sampai kami muflis, demi pertahankan BN di Kedah. Bila dah muflis dan tak dapat berjuang lagi, sampai situ sajalah perjuangan kami. Itu saja yang mampu kami buat.
Kalau ada orang kata berjuang kena ikhlas, yups.. memang kami ikhlas, tapi perlu ingat, perjuangan sebenar dan utama dalam Islam adalah 'menjaga' keluarga, anak bini. Kalau sampai anak bini pun tak makan, nak berjuang apa? Itu dah berdosa balik.
Jadi kami dah buat sehabis baik untuk membela Agama, bangsa dan tanah air. Takkan nak tunggu kami minta sedekah kot?
Oklah sampai sini saja coretan dari McTheory, kalau tengok blog ni dan sahabat TMK lain dah tak update tu, faham-faham saja la ya.
McTheory:
Kena kat kita, berjuang, ikhlas, kalau kat depa, sapu habis apa yang ada.. puii!