Quantcast
Channel: Kedah Ke KL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821

PANASS!! Mukhriz Rela Di Hentam Oleh Pas Kedah? #HanyaDiKedah

$
0
0

Pas Kedah sepatutnya lebih memahami betapa sukarnya jadi Kerajaan Negeri. Kerana pengalaman selama 5 tahun sebagai Kerajaan Negeri rasanya sudah cukup mengajar mereka erti pengorbanan seorang pemimpin dan menghadapi cabaran untuk menjaga sebuah negeri.

Sebab tu MB Kedah, Datuk Mukhriz tak kisah Pas nak tegur Kerajaan BN Kedah yang baru ni, tapi beragak-agaklah.. jangan main serbu saja tanpa bukti, atau lebih tepatnya, jangan buat fitnah!

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang teguran daripada barisan pembangkang atas pengalaman mentadbir negeri Kedah, sebelum ini.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata teguran tersebut perlu berasaskan fakta dan berharap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang sepatutnya lebih memahami kesukaran mentadbir sesebuah negeri, walaupun pernah mentadbir Kedah hanya lima tahun.

Beliau turut berharap agar pihak pembangkang akan lebih bersifat empati terhadap kerajaan sedia ada.

“Tegurlah kerajaan negeri kalau ada kepincangan, sebab pihak kami tak fikir kerajaan negeri betul 100 peratus sebab mungkin ada yang terlepas pandang atau maklumat tidak sempurna.
 
“…Pengalaman ini (mentadbir negeri) sangat penting untuk meningkatkan kefahaman dua-dua pihak, dalam demokrasi penting wujud peranan semak dan imbang,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Adun Kedah di Wisma Darul Aman di sini semalam.

Sebagai ‘orang baharu’ dalam Dun Kedah, Mukhriz berkata beliau belum dapat membuat perbandingan mengenai perjalanan sidang DUN, namun berharap ia tidak berlaku seperti dalam Dewan Rakyat.

“Kalau banding dengan Dewan Rakyat, harap tak berlaku (dalam Dun). Polemik politik terlampau dalam Dewan Rakyat, suasana agak tegang dan peraturan mesyuarat dilanggar sewenang-wenangnya,” kata Mukhriz.

“Saya lihat nama-nama (Adun) ramai yang baru, ada juga orang lama dan rasa sidang dewan akan meriah dengan pandangan dan idea baharu.

Sementara itu, beliau berkata pemilihan Datuk Md Rozai Safian sebagai Speaker Dun Kedah dan Adun Bayu, Datuk Azmi Che Husain sebagai Timbalan Speaker merupakan pilihan yang tepat berikutan kedua-duanya mempunyai pengalaman dalam mengawal perjalanan dewan. – Bernama

Dalam sidang dun mungkin Pas tak fitnah atau tuduh bukan-bukan, tapi dalam media maya ni, dah macam-macam dah Pas dok fitnah, sampai harga rumah naik pun BN kena, sedangkan yang buat rumah tu bukan Kerajaan Negeri pun. he he.. punya la bangang puak Pas ni.

McTheory:
Tapi apa yang kita respek Pas, mereka memang terer jadi pembangkang!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2821