Masa mengundi hari tu, puak PR dok kata dia ni bangla yang diupah BN. Siap pakai gelang tangan BN lagi, punya la nak berlakon. Rupanya mangkuk ayun ni diupah oleh PR untuk jayakan operasi jahat PR untuk memburukan nama BN.
Tak wujud pun dakwaan pengundi hantu atau bangla, semua itu cuma ciptaan puak PR untuk menafikan kekalahan, malah PR mahu penyokongnya berasa kuat dan tak rasa kalah. Sebab tu sentimen BN guna bangla diwujudkan.
Bila mereka percaya mereka menang dan BN guna bangla. Puak PR ni akan terus berasa kuat, momentum untuk PRU ke 14 akan diteruskan tanpa lemah semangat. Sebenarnya puak PR mempunyai strategi propaganda yang amat hebat.
Bukan susah untuk sebarkan persepsi diwaktu rakyat masih tercari-cari dan tertanya akan kebenaran. Durasi video 1 minit yang menunjukan bangla dalam bas pun, boleh dikatakan bukti bagi orang yang mahu percaya benda tu betul.
Malah Anwar berjaya meyakinkan pengikutnya hanya dengan video bodoh satu bas penuh bangla dan turun melintasi jalan. Video bodoh macam tu pun, puak-puaknya percaya. Mc ada tengok video bangla yang depa kata video bukti bangla undi BN.
Tapi dalam banyak-banyak video tu, takdak satu bukti pun, yang tunjuk bangla melangkah masuk ke pusat pengundian. Semuanya hanya ditepi jalan dan mereka dapat tangkap. Kalau benarlah bangla tu masuk, boleh lepas masuk ka dia nak undi?
Nak mengundi sekurang-kurangnya 2 kali kena tunjuk IC. Pertama kali nak ambil number, kedua masa nak daftar, calit dakwat kekal, ambil kertas undi dan potong nama. Semua tu dipantau oleh polling agent dan counting agent Pakatan yang berada didalam tempat tu.
Depa tuduh ada bangla mengundi, itu bermakna mereka tak percaya pada polling agent dan counting agent yang depa lantik. Bukannya orang SPR dan BN saja dalam tu, puak depa pun ada, macam mana boleh kata bangla masuk undi?
Kalau betul ada bangla masuk mengundi, dah tentu ada laporan polis telah dibuat oleh puak Pakatan, pasal bangla ni. Tapi sampai sekarang, ada ka kita dengar depa buat laporan polis? Mana ada, tipu saja!!
Ini semua ciptaan puak Pakatan Haram.. special 'black ops' untuk kenakan BN. Kita pula tak terjangka dengan semua ni, masih terpinga-pinga untuk menjawab. Macam mana nak jawab kalau kita tak buat?
Jadi kita perlu terangkan pada rakyat Malaysia situasi yang sebenar. Bagaimana Pakatan menipu rakyat Malaysia dengan operasi-operasi jahat mereka.
Mereka Pakatan menyebarkan kerja jahat mereka di internet, troopers upahan mereka bekerja tanpa henti. Red bean army dibayar untuk buat kerja sungguh-sungguh.
Kita BN buat apa? Kalau Pakatan serang kita 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Kerajaan BN yang baru ni, masih lagi terhegeh-hegeh nak kaji tu nak kaji ni. Nak kena ketuk baru bergerak ka?
Nak tunggu damage teruk baru nak cari troopers dan blogger BN? Bila la Kerajaan BN nak berubah? Takkan nak kena ubah jadi pembangkang baru teringin nak berubah kot?
Wahai UMNO dan BN tolonglah berubahhh.. tolonglahhh..
McTheory:
Kita dah kena teruk pun, masih nak angan-angan?