Quantcast
Channel: Kedah Ke KL
Viewing all 2821 articles
Browse latest View live

INFO! PRK Sungai Limau Kita Kalah Kerana?

$
0
0


Rasanya ramai yang menunggu komen daripada Mc mengenai PRK Sungai Limau ni. Sebab kekalahan BN di sini. Kekalahan di Sungai Limau sebenarnya sudah dijangka. Cuma jika kita menang, ia merupakan bonus kepada UMNO/BN.

KIta tak rugi apa-apa pun di Sungai Limau tu, kerana dari awal ia merupakan tempat kubu kuat Pas. Bila dipanggil kubu kuat, sudah tentu agak susah kita nak tembusi kawasan terbabit. 

BN kalah pada PRU yang lepas di Sungai Limau dengan majoriti 2700++, kemudian selepas 4 bulan PRU, ada pulak PRK, BN dapat mengurangkan majoriti sebanyak hampir 1700, apabila kali ini Pas hanya mendapat majoriti 1084.

Itu baru 4 bulan, cuba bayangkan jika UMNO/BN terus fokus kepada Sungai Limau selama 4 tahun ni. Sudah tentu peluang untuk merampas semula Sungai Limau akan menjadi kenyataan. 

Pas tak kuat sebenarnya di sini, faktor yang sebenar ialah hubungan kekeluargaan dan pengundi sempadan Sungai Limau yang tidak dapat dikesan oleh jentera parti UMNO. Jika kita lihat pada statistik, Pas hanya betul-betul kuat di Bukit Besar, Sungai Dedap dan Matang Buloh. Tempat-tempat yang menyumbang undi Kepada Pas, sekaligus menjadi deposit tetap Pas untuk mengekalkan kuasa di Dun Sungai Limau.

Ada blog kata, BN kalah disebabkan faktor cina? Apa yang Mc boleh beritahu, di PRK Sungai Limau, cina kembali kepada BN. Walaupun bukan 100%' tetapi 70% undi mereka diberikan kepada BN, soo jika ada yang kata BN kalah disebabkan cina, benda tu adalah mengarut. Nampak sangat dia taktau apa-apa mengenai PRK Sungai Limau ni.

Cuma Mc agak berbangga dengan Jentera BN kerana berjaya tembusi beberapa kubu kuat Pas seperti Bukit Besar, Bukit Chorus, Kampung Tualang dan beberapa tempat lain. Walaupun Kalah tetapi ada hikmahnya.

Bab jentera UMNO/BN, Mc tabik spring kat jentera siber, wanita, puteri dan penerangan UMNO. Semuanya memainkan peranan yang cukup penting. Penyelarasan isu juga bagus sehingga Pas terpaksa menjawab dan menipu mengenai gambar calon Pas.

Cuma agak kecewa dengan jentera Pemuda yang dilihat kurang membantu. Jentera Pemuda bahagian dan tempatan sudah allout, tetapi jentera Pemuda pusat banyak menghabiskan masa ditempat lain dari berkempen di Sungai Limau.

Bab Pemuda UMNO kita cerita lain kali.

Apa pun terima kasih pada semua kerana sudi membantu jentera kami di Kedah.



Walaupun kalah, secara peribadinya dan moralnya kita menang!

Tahniah Pas kerana berjaya mengekalkan kuasa di Sungai Limau.


McTheory:
Pesanan kepada Pas, buat kerja cara Islam laa.. teruk sangat perangai orang Pas ni.


INFO! Pas Menang disebabkan pengundi hantu?

$
0
0


Pelbagai analisis dikeluarkan oleh pelbagai pihak dan agensi. Malah tak kurang ada yang masih menuding jari menyalahkan orang itu dan orang ini.

Disini Mc nak tunjukan analisis yang tidak semua orang tahu. Iaitu pengundi luar kawasan yang membantu memberi kemenangan kepada Pas di Sungai Limau.

Pengundi ini, tinggal kawasan lain, mengundi pula dikawasan lain. Mereka merupakan senjata rahsia Pas di Sungai Limau, kerana kita tidak mempunyai alamat mereka secara tetap, tetapi orangnya wujud dan mengundi pada setiap PRU dan PRK.

Apakah ini yang dipanggil pengundi hantu?

Boleh dipanggil pengundi hantu, tetapi tidak menjadi kesalahan kerana ianya tidak menyalahi undang-undang. Umpama pengundi luar yang kerja diluar, tetapi masih mengundi dikampung halaman.

Berbezanya mereka ini adalah, mereka tinggal disempadan Sungai Limau, malah ada yang sudah lama tinggal ditempat lain, namun data dan alamat masih mengunakan tempat yang asal, walaupun kawasan tersebut sudah tidak lagi wujud.

Pengundi sebegini bahaya, kerana kita tidak dapat kesan mereka dan jentera juga tidak akan sampai kepada mereka. Sudah tentu kita tidak akan dapat menagih undi mereka dan acap kali pilihanraya, undi mereka tetap kepada Pas.

Apa yang Mc nak terangkan disini ialah, kebanyakan kawasan kuat Pas mempunyai pengundi seperti ini. Jika kita mahu menang, kita perlu berdepan dengan pengundi hantu yang menjadi kekuatan Pas.

Di Sungai Limau sekurang-kurangnya ada lebih 2000 pengundi sebegini. Bagaimana kita perlu atasinya? Atau kita juga perlu guna strategi sebegini?

Mc harap pakar-pakar strategi kita tak makan gaji buta! He he..

HOT! Bila Anak Hadi Awang Berebut Jawatan Dengan Anak Nik Aziz! #MuktamarPas

$
0
0

Anak lelaki kepada presiden PAS Muhamad Khalil Abdul Hadi disebut-sebut bakal bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda bagi mewakili kumpulan proulama pada pemilihan Pemuda pada 21 Oktober ini.

Jawatan itu kini disandang anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh, yang turut dicalonkan semula.

NONENik Abduh (kanan) bagaimanapun telah menyatakan pendirian tidak mempertahankan jawatannya.

Turut dicalonkan bertanding jawatan itu, Naib Ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, bekas anggota Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Ketua Pemuda Wilayah PersekutuanKamarulzaman Mohamad.

Bagaimanapun, Muhamad Khalil dilihat bakal berdepan Raja Ahmad Iskandar ekoran calon-calon lain dilihat tidak berminat berentap jawatan nombor dua dalam dewan itu.

Berdasarkan ketokohan dan pencapaian akademik, kedua-dua pemimpin yang berpendidikan tinggi itu dilihat mempunyai peluang seimbang.

Raja Ahmad Iskandar mempunyai gelaran doktor falsafah daripada United Kingdom (UK) manakala Muhamad Khalil pula memporoleh sarjana daripada negara sama.

"Perwakilan akar umbi juga dilihat berbelah bagi. Sama-sama kuat. Mereka sama-sama di UK.

"Aktif berpersatuan di sana," kata sumber.

Tarikh akhir penerimaan pencalonan jatuh kepada hari ini. Jawatankuasa pemilihan PAS dijangka mengumumkan siapa lawan siapa esok.

HOT! Harga Tiket Feri Langkawi Akan di Naikkan?

$
0
0


Mc diberitahu oleh sahabat yang menetap di pulau Langkawi bahawa syarikat yang menguruskan feri ke pulau Langkawi akan membatalkan diskaun khas kepada penduduk tempatan bermula dari 15 November ini.

Malah Mc diberitahu, syarikat berkenaan juga berniat untuk menaikkan harga tiket. Cuma jumlah berapa peratus kenaikkan harga tiket belum diberitahu secara tetap.

Jika syarikat berkenaan naikkan harga tiket feri ke Langkawi, ini bermakna syarikat berkenaan sudah melanggar perjanjian asalnya bersama TPM TS Muhyiddin Yasin yang melarang harga tiket feri ke Langkawi dinaikkan.

Mungkin kenaikkan harga tiket ini hanya untuk meraih keuntungan besar sempena cuti sekolah. Apa pun alasan syarikat berkenaan, bagi Mc ia satu tindakan yang tidak patut. Malah tindakan untuk membatalkan diskaun pada penduduk tempatan juga tidak patut dilakukan.

Mc berharap pihak berkuasa dapat bertindak dahulu sebelum orang ramai bertindak terhadap pengusaha feri Langkawi ni. Usah fikir dia ni orang besar atau orang kecil. Sebab kepentingan rakyat lebih utama dari segala-galanya.

Jangan sampai terhantuk dulu baru nak gelabah!

HOT! Penduduk Langkawi Demo Bantah harga Tiket Naik! #KedahAmanMakmur

$
0
0

Ini diantara penduduk Langkawi yang membantah kenaikkan harga tiket yang akan dinaikkan pada 15 novenber ini. Lebih kurang 200 orang turun membantah dan berdemo.

Demo ini dibuat dihadapan jeti dan perhentian bas pulau Langkawi..

HOT! Penjenayah Kejam bunuh Pegawai Bank di Tangkap!

$
0
0

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.

INFO! Guru Agama Penyebar Syiah di Kedah? #KedahAmanMakmur

$
0
0

Masyallah.. anak-anak kita dalam bahaya jika ada diantara guru sekolah yang cuba menyebarkan ajaran syiah kepada anak-anak kita. ibu bapa perlu memantau pelajaran anak-anak terutamanya dalam bab agama.
ALOR SETAR: Beberapa guru yang mengajar subjek pendidikan Islam di sekolah menengah kerajaan di Kedah dikesan menyebar serta mengedar buku berkaitan fahaman dan ajaran Syiah kepada pelajar mereka.
Timbalan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah Abdullah Din berkata kegiatan guru terbabit di beberapa sekolah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dikesan baru-baru ini.
"Perbuatan guru-guru ini boleh merosakkan akidah pelajar kerana ajarannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipegang oleh umat Islam negara ini," katanya kepada pemberita selepas menganggotai panel Forum Ancaman Syiah anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar di sini, Ahad.
Beliau berkata perkara itu dimaklum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka.
Abdullah juga berpendapat guru Pendidikan Islam yang menganut fahaman Syiah tidak seharusnya mengajar subjek itu.
Beliau berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh untuk melabel seseorang sebagai penganut Syiah, tindakan mengedarkan buku berkaitan fahaman itu kepada pelajar jelas membuktikan mereka adalah pengikut Syiah.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Institusi Pondok Tahfiz dan Ilmuan Sunni Profesor Dr Abdul Aziz Hanafi berkata pelajar boleh terkeliru apabila guru pendidikan Islam berfahaman Syiah menyampaikan fakta berbeza dengan silibus yang disediakan.
Beliau berkata ajaran Syiah mengagungkan Imam 12 serta mengkafirkan sahabat Rasulullah dan ini boleh mengelirukan pelajar sekolah namun akhirnya mereka akan percaya dengan apa yang diajar guru berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN)perlu mengharamkan penjualan novel 'Perempuan Nan Bercinta' yang dipercayai mempunyai unsur Syiah dan boleh memesong akidah pembaca, terutama pelajar sekolah. - BERNAMA

    INFO! 12 Kaum yang dibinasakan Allah SWT! #ISLAM

    $
    0
    0


    Inilah 12 Kaum Yang Dibinasakan Oleh Allah! Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Yang berikut ialah kaum yang dibinasakan.

    Kaum Nabi Nuh

    Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).

    Kaum Nabi Hud

    Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).

    Kaum Nabi Saleh

    Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).

    Kaum Nabi Luth

    Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).

    Kaum Nabi Syuaib

    Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).

    Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).

    Firaun

    Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

    Ashab Al-Sabt

    Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).

    Ashab al-Rass

    Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).

    Ashab al-Ukhdudd

    Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).

    Ashab al-Qaryah

    Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).

    Kaum Tubba’

    Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).

    Kaum Saba

    Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).

    Sumber

    - See more at: http://fuh.my/inilah-12-kaum-yang-dibinasakan-oleh-allah/#sthash.ynLK7xP4.dpuf

    INFO! Mat Sabu Boneka Dap Dalam Pas!

    $
    0
    0

    Keputusan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ini kerana pengunduran tersebut bakal menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara kumpulanLiberal dan Ulama parti itu.

    Namun keputusan Husam itu, mungkin disebabkan ingin mengelakkan undi kumpulan Liberal berpecah, sekali gus menyebabkan kumpulan ulama kembali menguasai parti. Sebagai contoh ketika pemilihan parti pada Muktamar Pas yang ke-55, penyertaan Husam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden telah menyebabkan Nasaruddin Mat Isa berjaya menduduki jawatan no-2 itu.

    Muktamar yang diadakan pada tahun 2009 itu menyaksikan Ustaz Nasha (Ulama) mendapat 480 undi, Husam (Liberal) 281 undi dan Mat Sabu (Liberal) 261 undi.

    Seterusnya pemilihan parti ketika Muktamar Pas ke-57, Mat Sabu berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden, apabila menewaskan Ustaz Nasha (penyandang) dan Tuan Ibrahim Tuan Mat. Pertembungan 3 penjuru itu telah menyebabkan kumpulan Liberal berjaya menguasai parti.

    Muktamar yang diadakan pada tahun 2011 itu, menyaksikan Mat Sabu (Liberal) mendapat 420 undi, manakala Ustaz Nasha (Ulama) hanya berjaya mendapat 224 undi dan diikuti dengan Tuan Ibrahim (Ulama) dengan 399 undi.

    Sekiranya trend 2 pemilihan sebelum ini diambil kira, ia sudah cukup membuktikan, pertembungan 3 penjuru hanya akan menyebabkan perpecahan undi di kalangan perwakilan. Menyedari akan hakikat itu, ulama Pas dilihat mula belajar dari sejarah apabila hanya meletakkan satu calon sahaja bagi mewakili kumpulan tersebut.

    Sumber dalaman parti itu sebelum ini juga mengatakan ramai di kalangan ahli Pas dikatakan tidak beberapa senang dengan kehadiran kumpulan Liberal yang pro Anwar ini yang turut dilabelkan dengan pelbagai gelaran seperti Anwarinas dan Endorgan. Malah kegagalan beberapa pemimpin Liberal pada pilihan raya umum yang lalu juga dikatakan sebagai petanda penolakan ahli parti itu secara senyap.

    Contohnya kekalahan Mat Sabu di parlimen Pendang, Salahuddin Ayub di parlimen Pulai dan DUN Nusajaya, Dzulkefly Ahmad di parlimen Kuala Selangor dan Husam Musa di parlimen Putrajaya.

    Dengan rekod tewas dalam 2 pilihan raya umum berturut-turut iaitu pada 2008 di kerusi Kuala Terangganu dan PRU-13 di parlimen Pendang, Mat Sabu dilihat bakal berdepan dengan laluan yang sukar untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. Itu belum lagi diambil kira dengan pendirian Mat Sabu yang cuba mempertahankan komunis sehingga menyebabkan Pas menerima pelbagai cemuhan dan kritikan.

    Malah pendedahan beberapa orang ahli parti itu yang mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran sesat Syiah, juga dikatakan sebagai gerakan dari kumpulan Ulama untuk membersihkan Pas yang dilihat semakin menyimpang. Atas alasan itu, peranan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden juga berjaya dikurangkan dan hanya digunakan sebagai penceramah parti bagi menarik hadiran.

    Namun begitu, dalam banyak-banyak ‘dosa’ yang dilakukan oleh Mat Sabu, penglibatan dan hubungan akrabnya dengan pemimpin DAP dikatakan sebagai punca utama gerakan untuk menyingkirkannya. Dia dikatakan sering menjadi jurucakap dan pembela parti ultra kiasu itu bagi menekan Pas dalam pelbagai perkara.

    Paling memeranjatkan apabila DAP melantiknya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang. Walaupun ada yang mendakwa ia sebagai satu penghormatan kepada Pas, namun ramai yang menyifatkan ‘pemberian’ jawatan itu sebagai asas untuk mengatakan Mat Sabu adalah proksi DAP di dalam Pas.

    Kesimpulannya keputusan pilihan raya umum, PRK Kuala Besut dan baru-baru ini di Sungai Limau telah menyaksikan penolakan ahli dan penyokong parti itu sehingga menyebabkan Pas mula sedar dan insaf. Tahaluf Siyasi yang diadakan dengan DAP dan pengaruh Anwar di dalam Pas telah menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu semakin di tinggalkan.

    Oleh yang demikian, jalan terbaik untuk menarik kembali sokongan ahli dan penyokong mereka, Pas perlu menjalankan satu gerakan pembersihan dengan menyingkirkan semua proksi DAP dan pengaruh Anwar bagi memastikan parti itu terus relevan.

    HOT! Pas Sedang Galak Usung Tabung MILO Untuk Pemilihan Pas! #MuktamarPas

    $
    0
    0
    kira bro.. kira..

    Kelakar dan sedih pun ada bila Mc baca mesej dari puak Pas ni.. takdak duit tapi nak buat majlis hebat di hotel besar-besar. Apa punya teruk la puak ni. Bersederhanaanlah.. jangan mengikut nafsu. Kalau tak mampu, buat majlis kenduri kampung sudah, sewa dewan orang ramai tu, kemudian buat kenduri umum bertanding pemilihan.. ini tak, sewa hotel kononnya, lepas tu duit, mengagau rata. he he he..

    Bukan niat Mc nak hina pemuda Pas Kedah ni, tapi kadang-kadang puak ni gunakan derma tabung milo depa tu kononnya satu perjuangan. Jika nak berjuang cara Islam, kena sumbang duit dalam tabung milo Pas, kalau tak sumbangkan duit, maknanya orang itu takkan direstui perjuangan Islam.

    Masalahnya kalau kutip derma tu nak bina surau ka, masjid ka, itu kira ok la. Tapi puak ni kutip derma semata-mata nak buat majlis umum nak lawan calon, atau sokong calon tertentu. Apa pulak lawak puak ni, takkanlah nak buat majlis sokong calon sendiri pun kutip derma kat orang ramai?

    Baca mesej yang Mc dapat,

    Assalamualaikum kawan2.

    1. Mohon maaf atas mesej yg diterima ini..

    2. Untuk info kawan2, saya dan rakan2 dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah dan akan menganjurkan 1 program penyuburan budaya ilmu dan berfikir

    3. Program ini buat julung2 kalinya diadakan mempertemukan calon2 yang akn bertanding jwtan Ketua Pemuda dan Timbln Ketua Pemuda PAS Malaysia bersempena dgn Muktamar Pemilihan PAS Pusat Tahun ini..

    4. Program yg dimaksudkan ialah
    Program : Wacana Kepemudaan Pra-Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Calon2 KP &; TKP DPPM : Ke Arah Pemberdayaan Pemuda Harapan Nusa
    Tarikh : 13.11.13
    Hari : Rabu
    Waktu : 8.30 mlm
    Lokasi : Leverage Hotel Mergong Alor Setar.

    5. Jadi kawan2, kehadiran mesej ini adalah dgn rasa rendah diri ingin memohon/menajadlm bantuan sumbangan dari kawan2 bg menampong kos pengnjuran program..Maklomlah kami PAS bukn UMNO...😊. Jadi kekurangan dana sudah mnjd perkra biasa bg kami lebih2 lg slpas PRK Dun S.limau....

    6. Jadi saya menjemput shbt2 untuk memberi sumbgan berdasarkn keikhlasan shbt2 atau shbt2 ingin menaja dlm bentuk sumbgan berdasarkan pakej2 kos srperi betikut..
    A. Kos Lokasi wacana- RM350
    B. Kos Jamuan ringan untuk semua hadirin -RM 600
    C. Kos saguhati setiap panel dan transpotnya - RM1500 untuk 3 panelis
    D.Kos Moderator - RM200
    E. Kos ICT untuk live streaming -RM600
    F. Kos Baner dan publct - RM500
    G. Kos sampingan - RM300

    7. Jika shbt2 sudi menderma atau menaja bg membantu kami jayakan program yg baik ini kerana allah, saya sertakan bbrpa no akaun bank bg memudahkn urusan shbt2 bg tujuan maksud tersebut seperti dibwah :
    BIMB: 0201 1010 432 567 - Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah
    CIMB [ 0204-0010-2902-07 ] Mohd Hayazie Saad
    Maybank [ 1573-9900-2812 ] Mohd Nazimi Zaim

    8. Jika shbt2 sudah transfer@bank in kan..mhon untuk diinfokn kpd saya bg tujuan rekod..

    9. Terima kasih shbt2...Bgnilah kami dlm nk buat apa2 program...sumbgan org ramai lah dpt membntukn kami gerakkan apa2 progran yg bermanfaat buat masyarakat dan ummah..Jazakallah atas kesudian shbt2...Saya sudahi dgn ucpn terima kasih..Toce2...

    10. Yang Benar
    Ibnu Ismail Al-Qedahy@paksu - Pengarah Wacana - 0176041421


    Ha ha ha.. pada sapa yang nak tolong dermakan pun boleh..kekurangan dana disebabkan PRK Sungai Limau. Adoiiyai.. kalau dah kekurangan dana tu, gatai telor buat kat hotel sapa suruh kan?

    Orang UMNO pun nak buat program kena la sedar diri. Kalau mampu buat kat hotel, kalau tak mampu buat cara yang termampu. Tak payah nak bawa tin milo kutip sana sini. Puak Pas ni, kalau dah terbiasa kutip duit dengan tin milo, sampai nak berak bayar masuk tandas pun dia kutip duit dulu nanti. he he..

    Kalau ada lebihan kutip derma tin milo tu, sapa nak tukang audit? atau masuk poket sendiri saja? he he he..



    McTheory:
    Derma fisabillah ka, boleh jalan dahh?

    #INFO! Lagi Maklumat Palsu Tentang Mesin ATM!

    $
    0
    0


    PDRM: Tiada Bantuan Jika Masuk No Pin Terbalik

    Rasanya anda tentu pernah membaca  penyebaran mesej melalui SMS dan menerusi laman sosial seperti Facebook, berkenaan cara menyelamatkan diri ‘secara senyap’ jika dipaksa untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM oleh penjenayah.

    Kononnya, dalam keadaan darurat, jika kita memasukkan nombor pin secara terbalik – wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis.

    Ternyata perkara ini TIDAK BENAR sama sekali.

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook sebentar tadi memaklumkan, pengesahan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mesin ATM.
    Justeru, PDRM menyeru agar rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya ini. - REM RAMZI

    Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

    Fullscreen capture 11122013 33018 PM

    #HOT! Kerajaan Patut Fokus Masalah Feri Langkawi! @NajibRazak @MukhrizMahathir

    $
    0
    0

    Sejak permasalahan feri Langkawi dimainkan dalam blog Mc. Rasanya Mc menerima begitu banyak komen yang negatif mengenai perkhidmatan feri yang dikuasai oleh hanya seorang taukeh berbangsa cina.

    Di bawah ni petikan komen yang patut kita ambil berat,

    Baca kat bawah,

    Benda ni dh lama di buat bodoh oleh beberapa MB Kedah yg lalu.. ini mslh org kedah.. jenis xpa saja.. sedangkan CinaBeng dah kenyang boroi dan tokak blik kita dgn mudah!

    Aku tktau nk bgtau sapa tp tlglah pej MB bersama LADA kena bincang utk pecah monopoli Feri Ke Langkawi sbb itu satu2nya jalan masuk yg paling senang dan paling laku sert apopular..

    Pecah monopoli CinaBeng dgn fikir balik mcm mana nk wujudkan Feri LADA spt dulu.. xkiralah mntak GLC2 spt bas ekspres MARA Liner ka.. sbb wpun bas beza dgn feri tp asas operasinya hampri sama.. bas dgn feri dua diesel.. dn MARA berpengalaman luas dlm hal operasi..

    CinaBeng kenakan harga 'gila mahai' tp feri mcm keranda bergerak yg usang dan merbahaya.. tidak selesa.. teknologi bot sungai rajang dan labuan punya Feri kondem.. itupun aku heran dh dkt dua dekad feri2 haram jadah usang ni boleh beroperasi.. kaut untung gila2.. rakyat jd mangsa.. MB pun xkesah.. Jabatan Laut pn xkesah.. Mnteri Pengangkutan buat bodoh sbb dlu bangsa dia punya.. PM pn xpenah tau.. wpun depa tau Langkawi ni pulau cantik antarabangsa.. tp aspek pengangkutan asas xdipedulikan..

    Semasa Tun M jd PM, LADA Langkawi wujudkan satu cabang syarikat Feri.. yg mana feri LADA berciri berikut:

    1- Sgt selesa (catamaran vs boat tongkang cinabeng)
    2- Lebih selamat (Alumnium Alloy vs Fiberglas, Besi karat)
    3- Water Jet Propulsion System vs propeller blade- ala bot nelayan punya enjin.. mau la tk bising bergegar dan slow macam siput!

    * Feri LADA ori, berkelajuan max 30-36 knot, senyap dan selesa spt dlm bas ekspres 2 tingkat, tp CinaBeng haram jadah punya feri hanya boleh pi stkt 14-17 knot, itupun hang boleh kebaih badan.. bergetaq mcm apa.. bising.. tgk TV mcm pekak..

    3-sistem tiket dimonopoli oleh satu saluran.. berbading dlu LADA ada saluran asing.. tiket subsidi utk pelajar, penduduk.. CinaBeng Haram jadah mana mau.. depa nk pijak Melayu cukup2..

    byk lg pengalaman dn fakta yg aku tau.. sbb aku dlu yg rajin ulang alik Langkawi.. syg kecantikan Langkawi x selaras dgn khdmat Feri yg dimonopoli keras oleh CinaBeng!

    Mc dan tukang komen tak salahkan MB Kedah sekarang, sebab beliau masih baru dan tak tahu masalah sebenar. Tetapi perlu ada penambahbaikan dan kalau boleh jangan bagi lesen feri Langkawi ni pada seorang saja. Bila dia bolot semua, macam-macam benda tak elok dia akan buat. Bila dah rasa diri besar, mula la fikir nak naik kan harga tiket.

    Mc diberitahu, kenaikan harga tiket disebabkan harga minyak naik. Fikir biar logik la, minyak naik 20sen saja, tapi si taukeh mangkuk ni nak tekan harga sampai 3 ringgit satu tiket. Kerajaan Kedah perlu bertindak sebelum mereka naikkan harga.

    Penduduk Langkawi dah mula berdemo, lepas ni kalau kerajaan tak bertindak, akan ada siri demo yang lain. 


    Mula-mula tiket tempatan, lama-lama tiket lain pulak yang naik.. tak percaya tengoklah nanti.


    McTheory:
    Puak  tu bukan boleh caya.. kerja nak kerat orang saja..

    #HOT! Ada Mangkuk Tak Sabar Suruh Ustaz Kazim Bersara!

    $
    0
    0

    Mana punya mangkuk yang kurang ajar ni? Memang ada dengar khabar Ustaz Kazim nak bersara dari berceramah. Tetapi tak perlulah tekan sampai macam tu sekali. Mangkuk yang tekan tu sudah tentu puak Pas. Sebab orang Pas khawarij ni memang benci dengan Ustaz Kazim.

    Sejak Ustaz Kazim tegur pemimpin Pas, kerana tok guru sokong kristian guna kalimah Allah dan tok guru Pas haram sambut maulud nabi. Puak Pas ni dah tak dapat nak terima teguran Ustaz Kazim tu, malah mencaci hamun beliau.

    Puak khawarij macam Pas ni, memang tak suka golongan lain ada bijak pandai agama. Kalau boleh dia nak puak dia saja yang bijak pandai. Ustaz yang bukan sefahaman dan sealiran dengannya akan ditekan dan dihina. Dasar khawarij sungguh!

    Biarkan puak tu Ustaz, kami sokong Ustaz.. 10 membenci, ada 1000 lagi yang sayang!

    Teruskan berdakwah.. kerana Ulamak seperti Ustaz susah nak ada penganti.

    McTheory:
    Cerr Ustaz bagi number HP yang sms tu.. tau la kite nak ajor kann..

    HOT! Adun Pas ada teluq ka takdak ni? #KedahAmanMakmur

    $
    0
    0


    Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menyahut cabaran untuk bersemuka dengan sembilan Adun Pas Kedah bagi membahaskan isu enakmen anti Syiah.

    Beliau sedia berhadapan dengan pembangkang bagi menjelaskan isu itu walaupun dengan ‘sembilan lawan satu’.

    “Saya boleh bersemuka dengan mereka dan saya sedia terima jemputan itu. Mereka boleh menulis surat dan menelefon saya untuk memaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu.

    “Kalau boleh, berilah saya cadangan beberapa tarikh untuk saya lihat mana yang sesuai supaya hasrat itu dapat direalisasikan,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.

    Fathul Bari bersetuju bersemuka dengan Adun Pas kerana ingin memastikan enakmen itu yang sudah diluluskan dapat diperkasakan lagi di Kedah.

    “Saya bukan nak babitkan Pas mahupun mana-mana pihak, tapi dalam soal Syiah ini kita perlu bersama melangkaui sempadan politik,” katanya.

    Semalam, Sinar Harian melaporkan Adun Pas mempelawa Fathul Bari bersemuka berikutan penulisannya di dalam akhbar ini, baru-baru ini berhubung sembilan Adun Pas menolak enakmen anti Syiah yang dibentangkan di Dun Kedah disifatkan tidak bertepatan dengan situasi sebenar.

    Menurut laporan itu, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, Fathul Bari boleh bercakap mengenai isu Syiah dibincangkan dalam masyarakat, tetapi tidak boleh mengaitkan Adun Pas membantah undang-undang itu.

    Untuk itu, Mohd Nasir yang juga Setiausaha Adun PR Kedah akan menulis surat untuk mengadakan perbincangan dengannya.


    McTheory: 
    Ada berani ka adun Pas?

    HOT! MB Kedah Bagi Amaran Pada Penceramah pemfitnah! #KedahAmanMakmur

    $
    0
    0

    Terbaik dari MB Kedah.. amaran yang jelas dan tegas. Rasanya lepas ni jika ada yang berniat nak masuk Kedah bagi ceramah fitnah.. fikir dua kali la no.. kalau jabatan agama dapat tangkap naya la.

    Kalau pemfitnah agama dah ada yang kena tangkap, jangan kata Kerajaan Negeri tak bagi amaran. MB sendiri dah keluarkan kenyataan.. soo penguatkuasa.. buat kerja dan amanah yang rakyat Kedah telah berikan pada korang ok.

    Jangan ada yang belot.. kesian bagi makan anak bini rezeki harammm..


    HOT! Naik Sewa Rumah PPR, Kerajaan Selangor Tindas Rakyat!!

    $
    0
    0



    Mc ada terbaca di blog Sangkakala bahawa kerajaan negeri Selangor mengenakan kenaikkan sewa rumah PPR hampir 100%. Kita semua sedia maklum bahawa rumah PPR untuk mereka yang berpendapatan rendah saja. Kalau naik sewa macam tu, pasti ianya menyusahkan rakyat.


    Kerajaan Selangor melalui syarikat yang diberikan kuasa untuk menjalankan kutipan sewa kepada penyewa PPR nampak gayanya cuba menipu mereka untuk menaikkan harga sewa kediaman mereka dari RM 124 kepada RM 250 sebulan.

    Daripada surat pekeliling yang diedarkan kepada penduduk atau penyewa yang membayar sewa sebanyak RM 124 jelas kerajaan negeri sudah mula menggula gulakan mereka dengan pemberian khairat kematian kononnya.

    Syarikta perumahan dan hartanah Selangor SDN BHD telah mengeluarkan sirat seperti diatas dan kononnya jika mereka tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut maka nama mereka akan dipamerkan di blok masing masing untuk dibuat semakan dan mendapat persetujuan daripada penduduk atau penyewa lain sama ada mereka layak atau tidak untuk membuat bayaran sebanyak RM 124.

    Apa yang Sangkakala maksudkan sebagai gula gula ialah, mereka dikatakan akan dilindungi oleh khairat kematian yang mana jika penama meninggal dunia, maka mereka layak untuk membuat tuntutan sebanyak RM 1000, pasangan RM 500 dan anak anak juga sebanyak RM 500.

    Persoalannya disini, adakah mereka yang membayar sewa sebanyak RM 124 ini benar benar berkemampuan?

    Ada di kalangan mereka ini sudah berumur melebihi dari 60 tahun dan mereka ini adalah dikalangan warga emas.

    Kerajaan Selangor jangan la cuba nak tipu orang ramai khususnya mereka yang menyewa di PPR ini seolah olah mereka terlalu bodoh hingga tak mampu untuk berfikir dengan waras.

    Jika selama ini mereka membayar sewa sebanyak RM 124 sebulan atas dasar apa ianya hendak dinaikkan?

    Lagi satu soalan Sangkakala, bukankah EXCO Perumahan Selangor telah mengatakan bahawa tidak ada kenaikan terhadap penyewa penyewa ini dan adakah dengan cara sebegini membolehkan kerajaan Selangor menaikkan sewa secara paksa tanpa disedari?

    Sangkakala mengandaikan bahawa mereka ini cuba dianiaya oleh kerajaan Selangor melalui anak syarikat kerajaan Selangor sendiri kerana, jika nama mereka diletakkan di blok masing masing, adakah mereka yang membayar sewa sebanyak RM 250 akan bersetuju dengan kadar bayaran yang diterima oleh mereka yang membayar sewa sebanyak RM 124 selama ini?

    Itu juga sebab kenapa Sangkakala mengatakan bahawa kerajaan Selangor cuba untuk memaksa mereka membayar sewa sebanyak RM 250 dan alasan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri nanti sudah pasti penduduk lain tidak bersetuju dan mereka ini akan terus diminta untuk membayar sewa sebanyak RM 250.

    Sangkakala difahamkan bahawa mereka yang dipindahkan daripada setinggan di sekitar Selangor diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM 124 dan bagi mereka yang membuat permohonan untuk menyewa maka mereka ini perlulah membayar sewa dengan kadar RM 250 sebulan.

    Dan kini mereka yang membayar sewa dengan kadar RM 124 dipaksa secara profesional oleh kerajaan negeri yang kononnya akan bertanya kepada penduduk lain dan jawapan yang sudah pastiakan diberikan nanti ialah mereka yang membayar sewa ini dikatakan tidak layak untuk mengekalkan sewa mereka dan sewa mereka akan dinaikkan dari RM 124 kepada Rm 250 sebulan.

    Adakah ini keadilan dan kebajikan kepada rakyat yang diwar warkan oleh kerajaan Selangor dan dari pengamatan Sangkakala, mereka ini majoritinya adalah dari kalangan orang Melayu dan dimana lafaz sumpah Menteri Besar dihadapan DYMM Sultan Selangor bahawa beliau akan menjaga kebajikan orang Melayu dan agama Islam?

    Penipuan demi penipuan dilakukan kepada rakyat Selangor oleh kerajaan negeri cuma ianya terselindung atau secara terang terangan.

    HOT! Dunia Akhir Zaman, Bila Sekolah dilarang Ajar Agama!

    $
    0
    0

    Dunia akhir zaman. Bila fikir duniawi lebih dari segala-gala. Atau mungkin manusia sudah lupa bahawa hidup dan diri ini hanyalah pinjaman.

    Mana ada ibu bapa muslim yang menghalang anaknya dari diajar bab agama Islam di sekolah. Kecuali dirinya tidak mengamal apa yang sekolah ajar.. ataupun ibu bapa murid tersebut rasa pelajaran bab agama tak penting bagi pelajar tersebut.

    Bermacam kita boleh andaikan kes ini, sebab ianya amat pelik dan membuatkam kita sangsi.

    Selama Mc hidup ini pertama kali Mc dengar waris melarang sekolah mengajar agama Islam pada murid muslim.

    Pelik.. pelik..

    McTheory:
    Pihak sekolah boleh laporkan perkara ini kepada pihak jabatan agama Islam.. sangat curiga..

    HOT! List Geng Tuhan Harun Di TANGKAP!

    $
    0
    0


    Ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau 'jamming' lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai 'Tuhan Harun'.

    Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.

    Berikut senarai 27 individu yang dipercayai pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ yang
    diminta tampil membantu pihak polis bagi menyelesaikan kes tembak Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) baru-baru ini:

    Waran tangkap:
    1. Harun Mat Saat, 47 (Pengasas)

    2. Husin Ismail, 43

    3. Pius Anahong@ Mahdi Abdullah, 40

    4. Mohd Khalilie Zazali, 31

    5. Syahiszam Soid, 40

    6. Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28

    7. Azida Mohd Zol, 30

    Lain-lain:
    8. Mohd Hafizuddin Mohd Azam, 27

    9. Mohamad Tirmidzi Othman, 17

    10. Hashim Zakaria, 38

    11. Farhaien Othman, 22

    12. Lukman Harun, 20

    13. Mohd Ghazali Fitri Mohd Azam, 25

    14. Muhammad Nazrul Zakaria, 38

    15. Mohd Rozi Akasah, 38

    16. Shamsul Amri Abu Hassan, 44

    17. Saufi Harun, 18

    18. Norhafizah Mohd Azam, 28

    19. Mohd Edham Mohd Nizam, 18

    20. Khairul Amir Akasah, 34

    21. Sharizal Shamsuddin, 32

    22. Muhammad Harun, 21

    23. Norhairi Harun, 41

    24. Shazliana Mokhtarudin, 29

    25. Othman Abdullah, 48

    26. Kheairus Ali, 47

    27. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.

    - Utusan

    #HOT! #MuktamarPas Tahun 2013, Misi Selamatkan Mat Sabu!

    $
    0
    0

    Nampaknya nama Mat Sabu dah tak sepopular dulu. Kalau dulu bila Mat Sabu turun berceramah, mau beribu-ribu ahli bawahan Pas turun dengar ceramah beliau. Tetapi kini zaman kegemilangan Mat Sabu dah tamat, the end. Hingga Mat Sabu terpaksa mengunakan kuasa parti untuk kekalkan kuasa Timbalan Presiden Pas.

    Buktinya apabila di Kedah Ketua Pas kawasan masing-masing terpaksa mengeluarkan senarai pemimpin pilihan (kita UMNO panggil 'cai') dengan memasukan nama Mat Sabu dalam jawatan Timbalan Presiden. Sedangkan kalau mengikut ahli Pas sendiri, mereka lebih rela untuk mengantikan Mat Sabu dengan orang lain, sesiapa saja asalkan bukan Mat Sabu.

    Pernah sewaktu kempen di Sungai Limau, Mat Sabu diminta pandu kereta sendiri ketempat ceramah di Bukit Besar, tanpa dijemput atau diiring sedangkan beliau adalah Timbalan Presiden Pas. Perbuatan tersebut menimbulkan kekecohan dikalangan pemimpin Pas negeri kerana Mat Sabu tidak dilayan dengan baik oleh markas Pas Bukit Besar.

    Sejak daripada peristiwa tersebut, Mat Sabu terus tersentap dan jarang lagi turun berceramah sewaktu PRK Sungai Limau tempohari.

    Walaupun percalonan Mat Sabu hanya dicabar oleh Nik Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Seorang individu yang kurang popularnya, namun lebih ramai ahli Pas berminat untuk memilih Nik Amar berbanding Mat Sabu yang terkenal dengan fahaman songsang komunis dan pro syiah. Mungkin disebabkan itu, ahli Pas sudah kurang berminat dengan Mat Sabu dan mahu melantik orang yang lebih baik menjadi Timbalan Presiden Pas.

    Pas terpaksa mengekalkan Mat Sabu disebabkan beliau mempunyai hubungan rapat dengan Guan Eng dan Anwar Ibrahim sendiri, jika nak dibandingkan keakraban kedua-dua pemimpin tersebut dengan pemimpin Pas yang lain. Hadi Awang pun tak mampu nak makan babi dengan Guan Eng jika kita mengambil kira statement Mat Sabu yang rela makan babi dari makan ayam.

    Kalau Pas rasa mereka boleh berjaya dan lebih Islam dengan cara Mat Sabu, Mc rasa ahli Pas harus terus beri sokongan terhadap Mat Sabu. Tetapi jika Pas rasa keputusan PRU ke 13 yang lepas menyaksikan Pas kehilangan sokongan melayu Islam, sudah sampai masa untuk Pas buat perubahan yang agak drastik.

    Namun pada muktamar Pas pada kali ini, apa yang Mc nampak sebagai misi 'Selamatkan Mat Sabu' kalau tanpa kuasa parti, sudah pasti Mat Sabu ditolak mentah-mentah ketepi!


    McTheory:
    Kami ok saja kalau Pas angkat lagi Mat Sabu.. lagiiii kami sukaa.. hehe

    HOT! Wan Salleh Bekas Ketua PKR Kedah Umum Keluar Parti!

    $
    0
    0


    Satu tamparan hebat pada PKR Kedah apabila bekas Ketua PKR Kedah keluar parti.
    Beliau membuat sidang media di Hotel De Baron.

    Sebab utama beliau meninggalkan parti adalah disebabkan PKR Kedah bagai tidak berfungsi dan masih tidak membuat sebarang aktiviti termasuk mesyuarat parti.

    - PKR pusat tidak mengambil berat kpd Cabang2 di seluruh Malaysia dan ketua2 yg bertungkus lumus menghidupkan parti

    - Telah mengosongkan pejabat PKR Langkawi kerana telah 6 bulan tertunggak

    - Pimpinan Pusat dan Negeri dilihat angkuh tanpa mengambil tanggungjawab terhadap kesunggguhan ketua2 cabang yg bersusah payah, berhabis wang ringgit, tenaga serta mencari sokongan namun dikesampingkan cth kepimpinan di Kulim Bandar Baru, Alor Setar, Kubang Pasu dan yg nyata Langkawi

    - Kecewa kerana tidak diberi peluang utk bertanding di DUN Kuah namun membawa masuk org asing yg tidak faham keadaan setempat.
    - Kepimpinan Pusat tidak mahu mendengar nasihat kepimpinan tempatan

    - Akan terus menabur bakti kpd pddk Langkawi setakat kemampuannya namun bukan ats tiket politik...tidak akan menyertai mana2 parti politik

    - keluar parti bukan kerana ditawarkan wang ringgit oleh mana2 parti...tidak akan menyertai UMNO dan tidak akan berkompromi dgn UMNO krn bersimpati dengan rakyat Malaysia.

    - Jika badan NGO perlu utk memberi ucapan/buah fikiran akan di utamakan demi nasib anak bangsa Malaysia.

    - Mengistiharkan meletak jawatan sbg Ketua Cabang PKR Langkawi dan keluar dari parti PKR berkuatkuasa hari ini dan tidak akn melibatkan diri lagi dgn PKR.

    McTheory:
    PKR Kedah boleh tutup Kedai la kot.. hehe..

    Viewing all 2821 articles
    Browse latest View live